Vertical Line Image
Sihat Atau Tidak?
oleh MindLoops, 01 Feb 2023

Kesihatan diri sangat penting dan perlu dijaga dengan sebaiknya supaya seseorang itu mampu menjauhkan diri mereka daripada sebarang jenis penyakit. Namun, adakah badan kita sentiasa dalam keadaan sihat? Adakah kita tahu bahawa sebenarnya badan kita sedang menunjukkan petanda-petanda yang negatif? 

Petanda Badan Tidak Sihat dan Tidak Normal

Tahukah anda, terdapat banyak petanda atau simptom yang ditunjukkan oleh badan kita bahawa mungkin diri kita sedang berada dalam keadaan yang tidak normal atau tidak sihat? Jom kenali petanda atau simptom badan anda tidak sihat!

blog image

1. Berdengkur ketika tidur

Siapa sangka berdengkur ketika tidur merupakan salah satu petanda mungkin anda mengalami masalah kesihatan yang serius. Berdengkur dikatikan dengan masalah kesihatan seperti apnea tidur, berat badan berlebihan, penyakit jantung, strok dan banyak lagi. Sekiranya anda berdengkur ketika tidur, sila berjumpa dengan doktor-doktor perubatan bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.

blog image

2. Kulit tidak bersih

Jerawat adalah petanda bahawa anda mungkin tidak sihat seperti yang anda fikirkan. Melakukan Face Mapping dapat membantu anda untuk mengenalpasti punca sebenar kulit anda tidak bersih dan berjerawat.  

blog image

3. Kuku yang kelihatan pelik

Jika kuku kaki atau tangan anda kelihatan pelik dari biasa, anda perlu melakukan pemeriksaan kesihatan. Bentuk, tekstur dan warna kuku dan kuku kaki anda boleh memberi petunjuk kepada anda sama ada anda mempunyai masalah kesihatan atau tidak.


Kategori Berkaitan

Artikel Berkaitan
Pengetahuan Am
Kenali Istilah Cuaca
Pengetahuan Am
Gajet dan Obesiti
Pengetahuan Am
Sekolah Pertama untuk Pelajar Lelaki
Pengetahuan Am
Adakah Rawatan Gigi Membatalkan Puasa?

Terokai lagi

Teknik Belajar

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva

1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Tutor

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak

Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Kejuruteraan

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi

Credit to: Fauzan Aziz