Apakah yang dimaksudkan dengan Go Green?
Go Green merupakan satu kempen kesedaran yang bertujuan untuk memelihara dan melindungi bumi daripada bahaya pemanasan global. Ia merangkumi usaha dalam mengurangkan kesan negatif manusia terhadap bumi melalui pengurangan pelepasan gas rumah hijau, pemuliharaan sumber semula jadi dan amalan berkesan dalam pengurusan sampah.
Kepentingan Kempen Go Green

1. Manfaat terhadap kesihatan
Sekiranya pemanasan global bumi meningkat, proses perubahan iklim akan berlaku lebih cepat dan boleh mengakibatkan suhu di bumi meningkat secara pantas. Oleh itu, dengan kempen go green ini, ia mampu melindungi kesihatan seluruh manusia di muka bumi ini. Hal ini demikian, kerana ia dapat mengurangkan kadar pencemaran dan melindungi diri manusia dari terdedah kepada udara yang mengandungi bahan kimia yang membahayakan.

2. Manfaaat terhadap ekonomi
Tanpa kita sedari, go green mampu meningkatkan ekonomi negara dengan melabur kepada tenaga-tenaga yang boleh diperbaharui. Selain itu, industri kelestarian yang berkaitan mampu berkembang dengan lebih maju dan menyediakan peluang pekerjaan yang banyak.

3. Melindungi sumber semula jadi
Kempen ini juga penting dan mampu melindungi sumber semula jadi dengan meningkatkan lagi penggunaan sumber yang boleh diperbaharui dan tidak hanya bergantung kepada sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti bahan api fosil.
Terokai lagi

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi
Credit to: Fauzan Aziz