Apa Itu Sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Sedunia?
Hari OKU Sedunia telah diisytiharkan pada tahun 1992 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Sambutan Hari OKU Sedunia ini bertujuan untuk menggalakkan pemahaman masyarakat tentang isu-isu kecacatan golongan kurang upaya di samping menyokong hak, maruah dan kesejahteraan golongan tersebut. Ia juga disambut sebagai menghargai dan mengiktiraf kelebihan serta kebolehan yang mereka ada untuk disumbangkan kepada masyarakat dan negara. Hal ini secara tidak langsung dapat memupuk kesedaran awal masyarakat untuk lebih peka terhadap isu dan masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut yang mungkin tidak dihiraukan selama ini.
Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob (tengah) menyerahkan Anugerah Khas Paralimpik pada Majlis Sambutan Hari OKU Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2021
Tahukah Anda?
- Lebih 1 billion manusia yang hidup dalam kecacatan yang pelbagai. 15 peratus daripada penduduk dunia hidup dengan kurang upaya. Ini termasuk 93 juta kanak-kanak dan 720 juta orang dewasa yang mengalami masalah kecacatan.
- Kecacatan merupakan isu kesihatan awam yang melibatkan 1 dari 7 setiap 7 orang di dunia.
- Kecacatan merupakan isu hak asasi manusia kerana orang kurang upaya sering dipandang rendah dan tidak diberi perhatian sepenuhnya.
Terokai lagi

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Projek Binaan Menggunakan Pencungkil Gigi
Credit to: Fauzan Aziz